Selamat Datang

Pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa.

Friday, June 8, 2018

Dakwa Belanja Agong Mewah, Kena Akta Hasutan



Belum selesai isu semalam mengenai sebuah artikel dikeluarkan Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diperuntukkan kerajaan RM256.9 juta untuk perbelanjaan 16 bulan, hari ini pihak polis telah mendapat pelbagai laporan terhadap bekas ketua editor NST tersebut.
Menurut MMO, susulan itu pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Kadir yang bakal disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta SKMM 1998 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Opss!

 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan kes tersebut dan menurutnya, polis dah menerima banyak laporan tentang dakwaan Kadir daripada orang ramai dan pihak NGO.
“Aduan dilapor orang ramai dan NGO,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Berita mengenai Kadir yang bakal disiasat di bawah Akta Hasutan telah mendapat kritikan netizen yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tak melaksanakan janji mereka dalam memansuhkan akta tersebut.
 
Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen berpendapat sebarang undang-undang yang ingin dimansuhkan haruslah dilakukan semasa Parlimen bersidang nanti. Dengan itu, pihak polis akan terus menyiasat sama ada kenyataan yang dikeluarkan Kadir tu betul atau tidak.Apa pendapat korang mengenai isu ni? Korang rasa patutkah Kadir didakwa atas Akta Hasutan? Kita pun tak tahu lagi kan sama ada tuduhan dia benar atau tak. 

PopMixture menyediakan pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa dan kami tidak bertanggungjawab ke atas ralat yang terdapat pada website kami.

0 comments:

Post a Comment

Info

Hello

I'mPop Mixture

Blogger | Fine Artist

Informasi, artikel dan media di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. Membuat review atau testimoni produk kecantikan, makanan, permainan dan lain-lain.

JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE!

Servis

Artikel Review

Mengupas pelbagai isu semasa dan terkini.

Promoting

Pelbagai platform pemasaran.

Art Mixture

Gabungan seni dan teknologi.

Feedback

Harga Pengiklanan

Contact

Pop Mixture