Selamat Datang

Pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa.

Sunday, June 10, 2018

Subhanallah!! Inilah keistimewaan malam Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan

 Umum mengetahui, Lailatul Qadar adalah menjadi impian dan idaman bagi setiap umat Islam yang ingin bertemu dengan malam istimewa ini yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan. Kelebihan malam Lailatul Qadar yang mempunyai 7 keisitimewaan ini begitu utama dari malam- malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada slah satu daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.

Follow Page Pop Mixture di Facebook. Klik Sini

 Doa Lailatul qadar



Pengertian Malam Lailatul Qadar


Apakah yang dinamakan malam Lailatul Qadr dan peristiwa apakah yang terjadi pada malam itu? Apakah Keistimewaan dan tanda –tanda malam Lailatul Qadr dan bagaimana ciri-ciri malam yang istimewa ini? Persoalan ini pastinya menjadi tanda Tanya ramai dan ingin tahu maksud dan maknanya. Berikut dikongsikan pengertian Lailatul Qadar dan manfaatnya.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
"Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lainsedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."
Rasulullah s.a.w sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan  pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Klik untuk melihat Drama Menarik Pendek daripada TNB . klik SINI


PopMixture menyediakan pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa dan kami tidak bertanggungjawab ke atas ralat yang terdapat pada website kami.

0 comments:

Post a Comment

Info

Hello

I'mPop Mixture

Blogger | Fine Artist

Informasi, artikel dan media di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. Membuat review atau testimoni produk kecantikan, makanan, permainan dan lain-lain.

JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE!

Servis

Artikel Review

Mengupas pelbagai isu semasa dan terkini.

Promoting

Pelbagai platform pemasaran.

Art Mixture

Gabungan seni dan teknologi.

Feedback

Harga Pengiklanan

Contact

Pop Mixture