Selamat Datang

Pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa.

Tuesday, June 5, 2018

Telur Dadar Halia Baik Untuk Merawat Asma Selain Sedap & Anak-anak Suka

Rawatan asma cara kampung

Bagi mereka yang menghidap penyakit asma, lelah atau semput yang biasanya dikaitkan dengan punca kesukaran bernafas, mereka selalunya bergantung kepada berbagai jenis ubat seperti inhaler, selain turut menjaga pemakanan dengan betul. Lazimnya, mereka yang mempunyai asma akan alah pada sesetengah jenis makanan, namun tidak semua penghidap asma akan mengalami alahan yang serupa.

Pesakit asma juga ada yang alahan dengan pengambilan air sejuk atau ais dan ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh memakan buah-buahan sitrus tertentu seperti buah oren. Malahan ada yang alergik dengan makanan kekacang dan inilah beberapa masalah yang sering kita dengari dari mereka yang ada penyakit asma.

Walau bagaimanapun, semua pesakit yang mengalami asma pasti ingin mencari penawar yang paling mujarab atau cara mengatasi untuk merawat asma dengan cepat dan berkesan. Sama ada menggunakan ubat-ubatan moden, petua tradisional atau apa saja jenis rawatan asma akan mereka dapatkan untuk penyembuhan memandangkan asma boleh dianggap bahaya yang membabitkan lelah iaitu sukar bernafas.

Cara sembuhkan semput
Inhaler sering digunakan oleh mereka yang alami asma.

Bagi Mulianis Ahmad, seorang penghidap asma, mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan serangan asma yang dialaminya. Cara merawat yang dikongsikan beliau agak menarik dan mungkin belum pernah anda tahu bagaimana petua ini dapat mengurangkan penyakit asma selepas diserang.

Menurutnya seperti yang dikongsikan, amalan yang beliau lakukan untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan mengamalkan resepi Telur Dadar Halia dan petua tersebut telah didapatinya daripada seorang ibu yang berketurunan Cina yang telah bermurah hati memberikan kepadanya.


Petua Merawat Asma


"Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.

Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu."

Cara mengubati asma

Bahan:

2 biji telur
2 inci halia - ditumbuk
Sedikit garam

Caranya:

1. Tumbuk halus halia tua.
Penawar penyakit asma

2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.

Ubat lelah asma

Ubat penat

3. Goreng hingga garing.

Ubat semput paling berkesan

Cara mengatasi sesak nafas


Tidak salah sekiranya kita mencuba resepi ini sebagai cara untuk mengurangkan asma, lagipun, haliasememangnya terbukti khasiatnya yang sangat banyak seperti membuang anginmengurangkan kolestrol dan melegakan batuk dan sakit tekak. Resepi ini menjadi lebih sedap apabila dicampurkan dengan telur dan digorengkan bersama halia, pasti menyelerakan. - Mulianis Ahmad

Selamat mencuba! 

PopMixture menyediakan pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa dan kami tidak bertanggungjawab ke atas ralat yang terdapat pada website kami.

0 comments:

Post a Comment

Info

Hello

I'mPop Mixture

Blogger | Fine Artist

Informasi, artikel dan media di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. Membuat review atau testimoni produk kecantikan, makanan, permainan dan lain-lain.

JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE!

Servis

Artikel Review

Mengupas pelbagai isu semasa dan terkini.

Promoting

Pelbagai platform pemasaran.

Art Mixture

Gabungan seni dan teknologi.

Feedback

Harga Pengiklanan

Contact

Pop Mixture