Selamat Datang

Pelbagai konteks menarik disediakan dari semasa ke semasa.

Artikel Terkini

FAKTA MENARIK YANG ANDA TAK NAK TAHU


Kulit sensetif dan kering..kenapa kene pakai Neutrogena

Salam dan selamat hari raya semuaa!! 



Kali ni saya nak buat review megenai produk kecantikan untuk yang mempunyai masalah kulit kering dan sensetif. Actually, saya da try macam-macam produk untuk dry skin especially untuk tangan. Malangnya semua produk tu tak berkesan untuk saya, mungkin untuk orang lain berkesan. Saya alahan kepada sabun pencuci pinggan, so kalau lepas basuh pinggan tu sure rasa x selesa n kering. So sy listkan produk yg sy da pakai n tak sesuai untuk saya...hehe...just review sahaja...maybe untuk orang lain berkesan :p




Vaseline -intensif care


~Produk ni bagus untuk melembab, tapi tak sesuai untuk kulit sensetif. Sy pakai produk Vaseline ni, kulit lembab tapi dalam masa yang sama jadi alergik like gatal-gatal. So sy assume sy x sesuai dng some of content dlm produk ni. Siapa yang tak de maslah kulit sensetif boleh pakai....di alu alu kan... ✸✸✸ bintang sy bg.



~ Produk Nivea pi pun sy dah try...sama jugak result de..mcm Vaselin...cuma Nivea ni lebih wangi & packaging pun agak rare. Tapi ramai bg feedback positif..mungkin untuk saya x sesuai...dari segi harga murah juga..yg travel pack x sampai RM10.. ✷✷✷ bintang 

 Lepas tu try la macam-macam jugak produk hand cream..rasanya almost 20 brand...and result still sama...harapkan wangi jaa..tp x sesuai untuk saya....kecewa x...ko da beli ...pakai dua tiga kali...x sesuai..lastly jd tukun ja.....sadiss...

Nak jadi cerita, satu hari tu sy pergi la ke Watson..konon2 nak cari la produk lain yang mungkin sesuai. Belek punya belek, ternampak la satu produk ni nama die Neutrogina hand cream..kebetulan lepas )% GST harga murah gila, below RM 10 shj hokey...da la mse tu tinggal satu ja...dalam kepala fikir mungkin produk ni bagus smpai almost sold out...hahah....

Kat packaging die ada tulis Fragrance Free..maksudnya...tanpa pewangi....macam ala-ala safe produk kan bunyi...ajushi...lepas tu ada tulis Dermatologist Tested...ok ayat pun meyakin kan, harga murah, no tester...so dengan tidak semena mena...sy pun ambil and bayar...dalam hati...harap2 berkesan....

Isi kandungan die;
 


Water, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Sodium Cetearyl Sulfate, Methylparaben, Propylparaben, Dilauryl Thiodipropionate, Sodium Sulfate, Fragrance.




Hasil selepas pakai....rasa kulit lembut & lembab sangat...texture mcm Vaseline Cream tapi langsung tak wangi...yang penting tak de lagi masalah kulit alergik or gatal.. kesimpulanya memang sesuai untuk saya yang berkulit orang tak berapa kaya ni....hehe..sangat recomended!!! ✴✴✴✴✴ saya bg lompat bintang.

Review ni berdasarkan pengalaman sendiri..mungkin pada org lain, lain kesan die...so jangan salah kan sy..kalau tetibe bakal mak mertua pegang tangan ko lembut trus reject sbb x pandai buat kerja rumah katanya....haha...kidding...kalau ade cadangan lain bole komen pendapat di bawah ya... xoxo =)

Kalau ade acc youtube..pls Subscribe page POPMIXTURE skali ye . terima kasih semua.




Subhanallah!! Inilah keistimewaan malam Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan


 Umum mengetahui, Lailatul Qadar adalah menjadi impian dan idaman bagi setiap umat Islam yang ingin bertemu dengan malam istimewa ini yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan. Kelebihan malam Lailatul Qadar yang mempunyai 7 keisitimewaan ini begitu utama dari malam- malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada slah satu daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.

Follow Page Pop Mixture di Facebook. Klik Sini

 Doa Lailatul qadar



Pengertian Malam Lailatul Qadar


Apakah yang dinamakan malam Lailatul Qadr dan peristiwa apakah yang terjadi pada malam itu? Apakah Keistimewaan dan tanda –tanda malam Lailatul Qadr dan bagaimana ciri-ciri malam yang istimewa ini? Persoalan ini pastinya menjadi tanda Tanya ramai dan ingin tahu maksud dan maknanya. Berikut dikongsikan pengertian Lailatul Qadar dan manfaatnya.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
"Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lainsedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."
Rasulullah s.a.w sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan  pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Klik untuk melihat Drama Menarik Pendek daripada TNB . klik SINI


Dakwa Belanja Agong Mewah, Kena Akta Hasutan




Belum selesai isu semalam mengenai sebuah artikel dikeluarkan Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diperuntukkan kerajaan RM256.9 juta untuk perbelanjaan 16 bulan, hari ini pihak polis telah mendapat pelbagai laporan terhadap bekas ketua editor NST tersebut.
Menurut MMO, susulan itu pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Kadir yang bakal disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta SKMM 1998 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Opss!

 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan kes tersebut dan menurutnya, polis dah menerima banyak laporan tentang dakwaan Kadir daripada orang ramai dan pihak NGO.
“Aduan dilapor orang ramai dan NGO,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Berita mengenai Kadir yang bakal disiasat di bawah Akta Hasutan telah mendapat kritikan netizen yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tak melaksanakan janji mereka dalam memansuhkan akta tersebut.
 
Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen berpendapat sebarang undang-undang yang ingin dimansuhkan haruslah dilakukan semasa Parlimen bersidang nanti. Dengan itu, pihak polis akan terus menyiasat sama ada kenyataan yang dikeluarkan Kadir tu betul atau tidak.Apa pendapat korang mengenai isu ni? Korang rasa patutkah Kadir didakwa atas Akta Hasutan? Kita pun tak tahu lagi kan sama ada tuduhan dia benar atau tak. 

Tonton ‘Rumah Epik Fantastik’ Iklan Raya TNB Yang Paling Havoc

Akhirnya TNB iklan video raya mereka yang bertajuk Rumah Epik Fantastik.




Iklan ini mengisahkan tentang Arif yang mempunyai sepuluh ahli keluarga yang pulang ke kampung. Bila ramai ini bermacam-macam ragam mesti berlaku. Kami yakin jika anda menonton video mesti anda akan teringat memori raya-raya tahun terlepas bersama keluarga terutama mempunyai keluarga ramai.

Reservoir Production yang bertanggungjawab untuk filem pendek Dugaan Raya Aida tahun lalu diberi mandat sekali lagi untuk menghasilkan iklan raya TNB tahun ini.
Kami suka dengan idea dan sinematografi yang digunakan dalam iklan ini. Setiap tahun pun kreatif. Syabas Reservoir Production dan TNB untuk filem pendek yang menghiburkan ini. Siapa yang senasib dengan keluarga Arif setiap kali hari raya, kita geng.


Sumber thevocet.com



Tonton video penuh di sini

Info

Hello

I'mPop Mixture

Blogger | Fine Artist

Informasi, artikel dan media di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. Membuat review atau testimoni produk kecantikan, makanan, permainan dan lain-lain.

JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE!

Servis

Artikel Review

Mengupas pelbagai isu semasa dan terkini.

Promoting

Pelbagai platform pemasaran.

Art Mixture

Gabungan seni dan teknologi.

Feedback

Harga Pengiklanan

Contact

Pop Mixture